Kiriman: Walisongo.
SILATURRAHIM.
Dari Abu Ayyub ra berkata: Seorg Badwi menghadang jln Nabi saw dan memegang kendali untaNya lalu berkata: Ya Rasulullah, beritahukan kpdku apakah amal yg dpt mendekatkan aku ke Syurga dan menjauhkan diriku dari api Neraka? Jawab Nabi saw: Menyembah Allah tidak mempersekutukannya, mendirikan solat dan mengeluarkan zakat dan menghubungi kerabat keluarga.
Dari Abdullah bin Abi Aufa ra berkata: Pada suatu petang hari Arafah sedang kami duduk bersama Nabi saw, tiba2 Nabi saw bersabda: Jgn duduk bersama kami sesiapa yg memutuskan hubungan keluarga, menyuruh supaya beredar dari tengah2 kami jika ada. Maka tidak ada seorg pun yg bangun kecuali seorg dibelakangku dan terus pergi, ttpi tidak lama kemudian dia kembali semula, lalu ditanya oleh Nabi saw: Mengapakah engkau, sbb tidak ada yg bangun kecuali engkau? Jawab org itu: Ya Rasulullah, ketika saya mendengar sabdaMu tadi, terus segera saya ke rumah ibu saudaraku yg memutuskan hubungannya dgnku, lalu dia bertanya: Mengapakah kau dtg, ganjil sekali kedtganmu ini. Maka saya beritahukan apa yg saya dengar drpdMu. Maka dia membacakan istighfar utkku dan aku juga membacakan istighfar utknya. Rasulullah saw bersabda: Bagus engkau, duduklah skrg, sbb rahmat Allah tidak akan turun pd suatu kaum jika ada di antara mereka seorg yg memutuskan hubungan keluarga.
Nota* Hadis ini sebagai dalil bahwa memutuskan hubungan keluarga itu berdosa besar, sbb dpt menolak rahmat Allah swt kpdnya dan bagi kawan2 yg duduk bersamanya. Oleh itu wajib setiap Muslim bertaubat dari memutuskan silaturrahim.
Rasulullah saw bersabda: Tidak ada perbuatan hasanah (kebaikan) yg lebih cepat pahalanya drpd silaturrahim dan tidak ada dosa yg layak disegerakan pembalasannya di dunia di samping siksanya di akhirat kelak seperti memutuskan hubungan keluarga dan berlaku zalim serta aniaya.
Dari Abdullah bin Amru bin al-Ash ra berkata: Seorg dtg kpd Nabi saw dan berkata: Saya mempunyai keluarga yg saya hubungi ttpi mereka memutuskan hubungan dgnku, saya baik kpd mereka ttpi mereka zalim kpdku, saya tlg membantu mereka ttpi mereka berbuat jahat kpdku. Apakah boleh saya membalas perbuatan mereka dgn perbuatan yg sama? Jawab Nabi saw: Tidak. Jika kamu membalas mereka, maka samalah kamu dgn mereka ttpi hendaklah engkau tetap mengambil cara yg lebih baik dan terus menghubungi mereka maka akan selalu engkau mendpt bantuan dari Allah selama mana engkau terus berbuat demikian.
Dari Tsauban ra berkata: Nabi saw bersabda: Tidak dpt menolak takdir kecuali doa, tidak dpt menambah umur kecuali amal kebaikan dan adakalanya seseorg itu tidak mendpt rezeki kerana berbuat dosa.
Ibnu Umar ra berkata: Siapa yg bertakwa kpd Allah dan menghubungi keluarganya maka akan ditambah umurnya dan diperbanyak harta kekayaannya dan disayangi kaum keluarganya.
Nota* Erti bertambah umur itu ada 2 pendapat: Sebahagian ulama berpendapat bertambah kebaikan kerana umur tidak dpt ditambah sebagaimana firman Allah swt: (Jika telah tiba ajal mereka maka tidak dpt ditunda sedikit pun dan tidak dpt dimajukan). Ttpi maksud bertambah umur itu bermakna dicatat terus pahalanya walaupun sesudah mati, maka tercatat pahalanya sesudah mati itu samalah dgn bertambah umurnya. Sebahagian lagi ulama mengertikan bertambah umur itu sebagaimana yg disabdakan oleh Nabi saw.
Dari Qatadah ra berkata: Nabi saw bersabda: Bertakwalah kamu kpd Allah dan hubungilah kerabatmu sbb yg sedemikian itu baik utkmu di akhirat dan lebih tetap baik bagimu di dunia
Nabi saw bersabda: Hubungilah kerabatmu walau hanya dgn memberi Salam kpdnya.
Maimun bin Mahran berkata: 3 perkara yg tidak dibezakan antara si Muslim dgn si Kafir: 1) Sesiapa yg berjanji harus ditepati baik kpd Muslim atau pun Kafir. 2) Kpd keluargamu harus dihubungi baik mereka Muslim atau pun Kafir. 3) Sesiapa yg diberi amanah kpdnya harus dikembalikan baik dia Muslim atau pun Kafir.
Dari Usman bin Madh'un ra berkata: Rasulullah saw adalah sahabat karib kpdku, kerana itu sbb pertama saya masuk Islam hanya kerana malu kpdnya sbb Dia selalu menganjurkan kpdku supaya masuk Islam, maka saya masuk Islam ttpi hatiku belum mantap kpd Islam. Pada suatu hari ketika saya sedang duduk dgnnya, tiba2 Dia mengabaikan saya, seolah-olah Dia sedang berbicara dgn org yg di sebelahNya. Kemudian Dia mengadap kembali kpdku lalu bersabda: Malaikat Jibril telah dtg kpdku membawa Ayat: (Sesungguhnya Allah menyuruh berlaku adil dan berbuat baik dan mengerti kewajipan terhadap kerabat keluarga), maka saya merasa sangat gembira dan mulai meresap iman dlm dadaku, lalu saya bangun pergi kpd bapa saudaranya Abu Thalib dan saya beritahunya bahwa saya tadi duduk dgn anak saudaranya, tiba2 Dia diturunkan Ayat ini. Maka Abu Thalib berkata: Ikutlah Muhammad niscaya kamu untung dan terpimpin, demi Allah anak saudaraku itu hanya mengajak kpd akhlak dan budi pekerti yg baik, jika Dia benar atau dusta, Dia tidak mengajak kamu kecuali kpd kebaikan. Ketika Nabi saw mendengar yg Abu Thalib berkata sedemikian, maka Dia ingin sangat kalau2 dia masuk Islam. Maka diajaknya dia masuk Islam ttpi Abu Thalib menolak. Maka turunlah Ayat: (Sesungguhnya engkau tidak dpt memberi hidayat kpd sesiapa yg kamu sayangi, ttpi Allah yg memberi hidayat pada sesiapa yg Dia kehendaki).
Dari Hasan al-Basri ra berkata: Jika manusia telah menonjolkan ilmunya dan mengabaikan amal perbuatannya dan kasih sayang hanya dgn lidah sedang di dlm hati mereka penuh rasa benci dan memutuskan silaturrahim, maka mereka akan terkutuk dilaknat oleh Allah swt, maka dipekakkan dan dibutakan mata hati mereka.
Dari Anas ra berkata: 3 jenis org yg akan berada di bwh naungan Allah swt pd hari Kiamat: 1) Org yg menyambung silaturrahim, diberkati umurnya dan dilapangkan kuburnya dan rezekinya. 2) Wanita yg kematian suami dan meninggalkan anak2 yatim, lalu dipelihara mereka sehingga kaya atau mati. 3) Org yg membuat jamuan makan, lalu mengundang anak2 yatim dan org2 miskin.
Abul-Laits berkata: Jika seorg itu berdekatan dgn keluarganya maka hubungan silaturrahim itu berupa hadiah2 dan ziarah. Jika tidak dpt membantu dgn harta, maka cukup dgn tenaga. Jika berjauhan, maka hubungannya dgn bertanya khabar dan jika dpt mendatangi mereka itu yg lebih utama. Ketahuilah bahwa silaturrahim itu mempunyai 10 keuntungan: 1) Mendpt keredhaan Allah swt. 2) Mengembirakan mereka kerana seutama amal ialah menyenangkan org Mukmin. 3) Kegembiraan Malaikat kerana Malaikat suka dan senang dgn silaturrahim. 4) Mendpt pujian kaum Muslimin. 5) Menjengkelkan Iblis. 6) Menambah umur. 7) Menjadi berkat rezekinya. 8) Menyenangkan org2 yg telah mati kerana moyang2 senang jika anak2 cucunya bersilaturrahim. 9) Memupuk perasaan kasih dan cinta dikalangan kerabat keluarga sehingga suka mereka membantu bila memerlukan bantuan. 10) Bertambah pahala bila mati, sbb selalu diingati dan mereka yg hidup akan selalu mendoakan kerana kebaikannya.
Dari Hasan al-Basri ra berkata: Nabi saw bersabda: 2 jenis langkah manusia yg disukai oleh Allah swt: 1) Langkah menuju solat fardhu dan 2) Langkah menuju silaturrahim kpd kerabat yg mahram.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar