Kiriman: Abu Hanifah.
Dalam Al-Quran Allah swt terangkan ada 3 asbab untuk hidayat. Jalan yang pertama ialah dengan jalan mujahadah.
G E R A K K A N
K A K I B U A T G A S H
H I N G G A K E L E T I H A N
d a n
M E N G A D U P A D A A L L A H
Ada banyak jalan untuk sampai kepada Allah, tetapi jalan yang paling cepat untuk kita sampai kepada Allah ialah jalan DAKWAH ILLALLAH.
DAKWAH IALAH PILIHAN AMBIA
Oleh itu semua Nabi-nabi dan Rasul-rasul telah pilih jalan ini. Jadi usaha hendaklah dibuat dan kita hendaklah faham usaha macamana yang hendak dibuat.
DAKWAH CARA KITA DAN
DAKWAH IKUT QURAN HADIS
Satu, kita buat usaha ikut cara kita. Satu lagi kita buat usaha ikut cara Al-Quran dan hadith iaitu cara yang dibuat oleh Nabi-nabi dan Rasul-rasul.
KENA IKUT CARA QURAN HADIS
Jika kita buat usaha yang betul mengikut Al-Quran dan Hadith maka kita akan dapat manfaat. Tapi kalau kita buat dengan cara lain kita tidak akan dapat apa-apa faedah dari usaha kita.
Ada perkara-perkara yang Allah hendak. Begitu juga ada perkara-perkara yang kita hendak.
Allah akan bagi kita perkara-perkara yang kita kehendaki apabila kita buat ikut cara yang Allah kehendaki kita buat.
YANG MANA PALING SUSAH?
Aisyah R.ha pernah bertanya pada Rasulullah saw di akhir umur Baginda,
"Tuan telah banyak kali keluar di Jalan Allah (ada ulama mengatakan 25 kali). Adakah peperangan Uhud itu yang paling mujahadah bagi tuan?"
SAFAR KE THOIF PALING GETIR
Maka Nabi saw menjawab, "Wahai Aisyah..! Safar yang paling susah dan paling perit ialah safar aku ke Thoif."
Ada dua perkara yang menjadi penyebab kepada safar ke Thoif ini. Dan dua perkara ini perlu ada dalam diri semua daie. Setiap orang yang buat kerja dakwah perlu ada dua perkara ini.
FIKIR CAMANA HIDAYAT TERSEBAR
DAN RISAU AKAN EHWAL UMMAT
Pertama Nabi SAW selalu fikir macamana nak sebarkan hidayat dan yang kedua Nabi SAW selalu risau terhadap ummat.
Baginda sedar tanggungjawab Baginda untuk seluruh alam sampai hari kiamat. Bagaimana agama ini dapat sampai ke seluruh alam.
TIGA PERKARA NABI SEMPURNAKAN
Allah SWT hendakkan dari Nabi SAW TIGA perkara dan Nabi SAW telah beri ketiga-tiga perkara ini.
Yang pertama sekali sebelum Nabi ke Thoif Allah SWT tahu apa yang akan berlaku pada Nabi SAW..! Allah Maha Mengetahui..! Tetapi kenapa Allah tidak sekat Nabi?
Allah tahu apabila Nabi di Thoif Nabi akan dibaling dengan batu dan disiksa hingga kasut Nabi dipenuhi dengan darah.
Dalam sebuah kitab ada diceritakan berapa kali Jibril AS datang berjumpa semua Nabi-nabi dan Rasul-rasul.
Nabi Adam AS selama 1000 tahun menjadi nabi sebanyak 20 kali Jibril AS turun hantar wahyu kepada baginda.
Nuh AS 950 tahun sebanyak 40 kali. Idris AS sebanyak 4 kali. Ibrahim AS 42 kali. Musa AS 400 kali. Isa AS 13 kali.
Ini bilangan Jibril AS turun berjumpa nabi-nabi pada zaman kenabian mereka. Tetapi Baginda Nabi Muhammad SAW 23 tahun sahaja menjadi nabi sebanyak 24000 kali Jibril AS datang dan menurunkan wahyu kepada Baginda.
Dalam 24000 kali Jibril turun jumpa Nabi kenapa Jibril tidak bagitau Nabi apa yang akan berlaku di Thoif nanti? Kenapa Allah tidak hantar Jibril AS untuk halang Nabi SAW ke sana?
Sebab Allah hendak daripada Nabi SAW 3 perkara.
KAKI BERGERAK BUAT GASH
Pertama sekali yang Allah hendakkan ialah gerakan kaki pergi buat gash, jumpa orang selama 40 hari di Thoif. Dan Nabi dapat jumpa semua orang dari orang atasan sampai orang bawahan.
SAMPAI BADAN KELETIHAN
Kedua, Nabi keletihan, dilempar lagi dengan batu sehingga Nabi terduduk tetapi musuh-musuh telah paksa Nabi bangun dan tolak Nabi supaya berjalan dan mereka terus melempar Nabi dengan batu.
Jadi dua perkara..! Pertama gerakan kaki Nabi dan kedua Nabi SAW telah letihkan jasad Baginda untuk buat dakwah.
Darah telah mengalir dari badan Baginda Nabi SAW dan Allah SWT telah kumpulkan darah Nabi tadi dalam kasut Baginda. Allah tidak izinkan setitik pun darah Nabi SAW gugur ke tanah.
Ulama beritahu kalau setitik darah Nabi SAW mengenai bumi Thoif sehingga hari kiamat, tidak akan tumbuh sehelai rumput pun di bumi Thoif.
Dan Nabi SAW telah tunjukkan dua perkara. Pertama bergerak dan yang kedua meletihkan diri Baginda untuk buat usaha. Dua perkara ini perlu ada dalam diri daie-daie Allah.
Perkara ketiga..! Setelah selesai safar dari Thoif ketika Nabi SAW sampai di kebun Utbah, Nabi SAW lihat Jibril AS telah datang kepada Baginda. Allah telah hantar Jibril AS kepada Baginda SAW.
Akan tetapi kenapa selepas Nabi SAW teruk diseksa? Ini kerana Allah swt nak zahirkan perkara yang ketiga. Perkara ketiga ini merupakan perkara yang asas dan mesti ada pada semua para daie.
Bila daie Allah buat 3 perkara ini, Allah SWT akan terima usaha dan beri hidayat kepada orang yang usaha dibuat.
Jibril AS turun bersama dengan malaikat-malaikat penjaga gunung. Lazimnya, bila seseorang hamba telah dizalimi dia ada peluang yang kuat untuk ambil tindak balas kepada mereka yang menzaliminya.
Jibril AS tanya Nabi SAW..! Apa yang hendak kami buat pada orang-orang di Thoif? Kamu nak kami lagakan gunung dan bukit-bukit di Thoif?
Tapi apa yang Nabi SAW buat? Nabi telah berdoa pada Allah dan Nabi SAW telah salahkan diri Baginda sendiri.
MENGADU PADA ALLAH
Baginda telah mengadu kerisauan dan kelemahan diri Baginda sendiri tanpa mendoakan keburukan malah mendoakan hidayah kepada orang-orang di Thoif. Ini perkara yang sangat-sangat susah untuk dilakukan.
Seseorang apabila dia telah buat usaha, dia nafikan usaha dia. Inilah sifat daie. Dia telah buat dan korbankan berhabis-habisan tapi dia menafikan segala usaha yang telah dilakukan. Syaitan dan nafsu tidak akan benarkan perkara-perkara ini terjadi.
Dan barang siapa yang dapat buat tiga perkara ini maka MIKRAJnya akan bermula selepas itu.
A T U R K A N M A S A
S I A N G B U A T G A S H
S A M P A I L E T I H C A P E K
M A L A M B A N G U N
M E N G A D U D E N G A N N Y A
Tidak ada komentar:
Posting Komentar