Kamis, 25 Juni 2015

MENGHARGAI PENGURANGAN ISTERI..!

Kiriman: Abu Hanifah.


I S T E R I K U L A H
P E N D I D I K  T E R B A I K
B A G I  A N A K - A N A K K U

Di dewan, seorang penceramah mengadakan permainan kecil kepada tetamu yang sudah berkeluarga dan meminta seorang datang ke depan.

PENCERAMAH: ”Tulis 10 nama orang yang paling rapat dengan anda.”

Lalu lelaki tersebut menuliskan 10 nama. Ada nama jiran, orang tua, teman kerja, sahabat, anak dan juga isterinya serta seterusnya.

PENCERAMAH: "Sekarang sila pilih 7 di antaranya yang anda ingin hidup terus bersamanya."

Lelaki itu memadam 3 nama yang ditulisnya tadi.

PENCERAMAH: "Sekarang keluarkan 2 nama lagi, sehingga tinggal 5 nama sahaja di papan tersebut..!"

PENCERAMAH : “Keluarkan 2 nama lagi..!”

Maka tinggal 3 nama, iaitu nama orang tuanya, nama anaknya dan nama isterinya.

Suasana dewan menjadi hening. Mereka berfikir semua sudah selesai dan tak ada lagi yang harus dipilih.

Tiba-tiba PENCERAMAH berkata: “Silakan padam 1 nama lagi..!”

Lelaki itu dengan perlahan-lahan mengambil keputusan yang sulit dan memadamkan nama orang tuanya.

PENCERAMAH : "Sila padamkan 1 nama lagi!"

Lelaki tersebut menjadi bingung. Kemudian mengangkat tangannya dan dengan berat hati mulai memadamkan nama anaknya dan lelaki itu pun menangis.

Setelah suasana tenang, penceramah bertanya kepada lelaki itu,

"Kenapa tuan tidak memilih orang tuamu yang telah melahirkan dan membesarkan kamu?

Tidak juga memilih anak dari darah daging anda sendiri? Sedangkan isteri itu dapat kau cari lagi?"

Semua orang di dalam dewan tersebut terpaku menunggu jawapan dari lelaki tersebut.

Lalu lelaki itu menjawab:

”Seiring waktu berlalu, orang tua saya akan pergi meninggalkan saya. Manakala anak jika sudah dewasa akan berkahwin, dan juga pasti akan meninggalkan saya.

Sedangkan yang benar-benar boleh menemani saya dalam hidup ini hanyalah ISTERI saya.

Orang tua dan anak bukan saya yang memilih. Akan tetapi Allah yang menganugerahkannya.

Sedangkan ISTERI, sayalah yang memilih dari sekian banyak wanita yang ada di dunia ini.”

Semoga kita semua boleh mengambil hikmah dari cerita di atas. Sayangilah isteri anda..! Sayangilah dia serta kasihanilah dia..!

Bantu dia membena kehidupannya di Akhirat. Mudahkan kerjanya! Ringankan tanggungjawabnya!

Hidupkan suasana yang memudahkan dia beramal di dalam rumahnya sendiri. Jauhi kelalaian dan kesia-siaan yang merugikan masa dia dan anak-anak.

Pastikan isteri kita dididik menjaga solatnya Awal Waktu. Quran dibaca hari-hari. Taklim Rumah dibuat. Tahajud zikir doa dijaga.

Anak-anak dididik dengan sunnah. Hidup sederhana dan sentiasa menjadi penggalak ahli keluarga berkurban untuk Agama.

S E D I A K A N  W A N I T A
U N T U K  M E N D I A M I
S Y U R G A  F I R D A U S
D I  A K H I R A T  K E L A K


Tidak ada komentar:

Posting Komentar